Semalam, Johor Darul Ta’zim mengumumkan bahawa mereka akan menghantar dua pemain bawah 22 tahun negara, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan untuk ke Portugal bagi menyertai Vilaverdense FC. Keputusan ini nyata disambut baik para peminat bola sepak negara dan mengharapkan Syamer dan Dominic mampu untuk memberikan aksi yang terbaik sepanjang berada di sana. Namun, bagi sesetengah peminat, mereka tertanya-tanya tentang siapakah Vilaverdense ini. Siapakah mereka ?

Vilaverdense FC ini ditubuhkan pada tahun 1953 dan menjadikan stadium Campo Cruz do Reguengo di Vila Verde yang berkapasiti sebanyak 5000 peminat sebagai markas utama. Kelab ini berpangkalan di daerah Braga, daerah sama dimana terletaknya kelab utama Liga Primeira, S.C Braga. Musim ini Vilaverdense bermain di Campeonato de Portugal yang merupakan divisyen 3 Liga Portugal. Divisyen 3 Portugal ini dibahagikan kepada 5 kumpulan. Vilaverdense diletakkan dalam kumpulan A. Ketika ini, Vilaverdense sedang menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga, 11 mata di belakang pendahulu Vizela FC dan 3 mata dibelakang pasukan di tangga kedua, Fafe FC. Musim ini mereka dibimbing oleh Antonio Barbossa. Dan menurut pandangan kami, Vilaverdense masih mempunyai peluang untuk mengejar Vizela dan seterusnya mendapat tempat dalam Segunda Devisao yang merupakan Divisyen Dua liga Portugal musim hadapan.

Syamer dan Dominic akan mengikuti jejak Nazmi Faiz Mansor dan Fakri Saarani yang pernah bermain di Portugal sebelumnya. Namun, kedua-dua pemain ini gagal untuk kekal lama di sana. Jadi kami mengharapka Syamer dan Dominic kali ini dapat bertahan lebih daripada tempoh setahun. Kami berharap selepas ini, akan ada lebih ramai lagi pemain bawha 22 tahun negara yang berkelana ke luar negara bagi menimba ilmu dan pengalaman serta memantapkan tahap permainan mereka. Di sini kami juga mahu mengucapkan syabas kepada Johor Darul Ta’zim kerana membantu kedua-dua pemain ini agar dapat bermain di Portugal.

Apa pandnagan anda mengenai penyertaan Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan ke pasukan Vilaverdense FC ini ? Mampukah mereka bertahan lama di sana ? Dan kira-kira siapakah yang akan menyusul mereka berdua untuk bermain di luar negara ? Kongsikan pandangan anda.

Baca Juga: Kelab Korea Yang Sesuai Untuk Safawi ?

Baca mengenai respon Dominic Tan mengenai perpindahan beliau ke Valeverdense FC di sini

(Visited 1,121 times, 1 visits today)

Leave a Reply