Hari ini kecoh satu dunia tentang perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United daripada pasukan lama beiau, Arsenal. Bukan kecoh tentang yuran perpindahan. Tetapi kecoh tentang gaji yang diterima oleh Sanchez nanti. Khabarnya, Alexis Sanchez menerima gaji sebanyak £500,000 seminggu. Seminggu tau bukan sebulan atau setahun! Dengan ini, Sanchez menjadi pemain yang mendapat gaji yang paling tinggi di Liga Perdana Inggeri Dalam penulisan kali ini kami nak bagi 6 pemain terkenal yang mendapat gaji lebih rendah berbanding Alexis Sanchez.

Baca mengenai gaji pemain Manchester United musim ini di sini

1. Paul Pogba

Gaji per minggu = £300,000 seminggu

Sumber Gambar: Metro

Pemain termahal yang pernah di beli Manchester United ini sebelumnya menjadi penerima gaji tertinggi kelab Manchester itu. Namun, dengan kehadiran Sanchez, beliau menduduki tangga kedua. Tidak mustahil selepas ini, Pogba akan meminta kenaikan gaji kepada majikan beliau.

2. Gareth Bale

Gaji per minggu = £350,000

Sumber Gambar: newswinner.com

Pemain sayap Real Madrid ini menjadi penerima gaji tertinggi kedua selepas Cristiano Ronaldo di Real Madrid. Dan kami ebrpendapat Real Madrid berbaloi membeli dan membayar mahal gaji Bale ini. Hasilnya, Real Madrid berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 3 kali sejak kedatangan Gareth Bale.

3. Eden Hazard

Gaji per minggu: £200,000

Sumber Gambar: Evening Standard

Pemain sayap ini menjadi penerima gaji tertinggi di Chelsea ketika ini. Hazard menyertai Chelsea pada 2013 dengan yuran £35 Juta. Dan semenjak itu, Hazard berjaya membantu Chelsea memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan satu Piala Liga. Memang berbaloi-baloi!

4. Luis Suarez

Gaji per minggu = £290,000

Sumber Gambar: Talksports

Penyerang Barcelona ini menjadi penerima gaji kedua terbesar di Barcelona selepas Lionel Messi. Luis Suarez enyertai Barcelona pada 2014. Beliau berjaya membantu Barca memenangi satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan kejuaraan La Liga Sepanyol. Suarez dikhabarkan sudah menandatangani kontrak lanjutan bersama Barcelona.

5. Sergio Ramos

Gaj per minggu = £200,000

Sumber Gambar: Goal.com

Kapten Real Madrid ini menjadi penerima gaji tertinggi ketiga dibelakang Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Sejak menyertai Real Madrid pada 2004, bermacam-macam kejuaraan yang dimenangi Ramos. Korang sebut je kejuaraan apa. Ramos mesti pernah menang.

6. Kylian Mbappe

Gaji per minggu: £320,000

Sumber Gambar: Dream Team

Penyerang muda Perancis berusia 19 tahun ini menyertai Paris Saint-Germain dengan yuran perpindahan yang dikhabarkan sebanyak £160 Juta. Namun, kenyataan yang dikeluarkan PSG adalah mereka meminjam Mbappe. Tak kisah lah berapa PSG bayar. Tapi untuk pemain muda macam Mbappe, beliau sudah merasai apa itu syurga dunia! Banyak tu gaji dia!

Haa itulah 6 pemain bintang yang mendapat gaji kurang daripada apa yang Alexis Sanchez dapat sekarang di Manchester United. Nantikan sambungan artikel ini ya!

Baca Juga: 5 Pemain Yang Pernah Beraksi Untuk Manchester United Dan Arsenal

(Visited 756 times, 1 visits today)

Leave a Reply